Sunday, August 2, 2009

Himpunan Mansuh ISA - 1 Ogos 2009, Lokasi Masjid Negara.

Himpunan Mansuh ISA, Masjid Negara 1 of 8.

Penahanan rakyat disekitar perkarangan Masjid Negara termasuk kawasan Hotel Heritage yang terletak di Stesen Lama Keretapi Tanah Melayu (KTM)

Tempat: Depan Hotel Heritage, Stesen Lama KTM. Seorang lelaki berjalan kaki bersama isteri beliau telah ditahan oleh polis dihadapan Hotel Heritage. Video ini dirakam dari dalam restoran Hotel Heritage. Adalah difahamkan bahawa polis juga akan buat pemeriksaan kad pengenalan trhadap sesiapa yang didapati berkeliaran di sekitar Masjid Negara. Ini merupakan satu intimidasi keatas rakyat kita dan mencabuli Perkara 5, 9 dan 10 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 5 - Kebebasan diri.
Perkara 9 - Larangan buangan-negeri, dan kebebasan bergerak.
Perkara 10 - Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan.




Himpunan Mansuh ISA, Masjid Negara 2 of 8.

Pemeriksaan ketat umat Islam (yang membawa beg) yang memasuki masjid untuk sembayang Zohor. Ramai yang ditahan didapati memiliki baju T, lencana butang, gas-mask dan apa-apa jua barang yang berunsur Anti-ISA dalam beg yang dibawa masuk ke masjid. Adakah penahanan mereka ini berpelembagaan? Adakah menghalang umat Islam menunaikan solat di halalkan? Kenapa mengharamkan perhimpunan ini? Apakah yang mereka takuti? Menganggu ketenteraman awam? Bukankah mereka yang mencetuskan huru hara? Persoalan-nya banyak, jawapan-nya tadak?




Himpunan Mansuh ISA, Masjid Negara 3 of 8.

Selesai Zohor, org ramai berkumpul di hadapan masjid dan berarak ke Dataran Merdeka diketuai oleh YB Dr Hatta Ramli selaku Komander di Zon Masjid Negara. Lebih kurang 10,000 - 15,000 menyertai perarakan dari Masjid Negara.




Himpunan Mansuh ISA, Masjid Negara 4 of 8.

Tempat: Belakang Royal Selangor Club (Jalan Raja). Setelah berarak dari Jalan Kinabalu, menaiki flyover dan memasuki Jalan Kuching, Perarakan telah disekat oleh FRU. Mereka dipaksa berpatah balik ke arah Masjid Negara. Perserta-perserta Anti-ISA mengubuh arah ke Jalan Raja (ke-bawah jejambat) menuju ke Bulatan Bank Negara.

Terdapat sekumpulan angota polis (lebih kurang 25 org) berusaha utk menyekat kemaraan perserta2 tersebut. Malangnya tidak berdaya, dirempuh arus tsunami rakyat. Wah, wah wah berani sungguh rakyat kito. I salute lah kat kamu semua. Tahniah dan Syabas Unit Amal PAS.

Sejurus kemudian, muncul sebuah perisai meriam air di pangkal Jalan Raja, bersiap sedia untuk pancut kearah orang ramai. Pada masa ini Juru kamera kena membuat keputusan untuk cabut lali atau rakam. Keputusan akhir ialah RAKAM. Aiya terkenalah juga buat pertama kali air yang dikatakan dicampur bahan kimia yang dashyat itu. Muka, telinga, bahu, hidung dan mata pedih membakar. Aduh, cabut lali lah, apa tunggu lagi. Berteduh dibawah jejambat dekat bulatan, cuci muka dgn air, makan sdk garam dan pernafasan sukar, hidung berhingus and kahak di kerongkong. Itulah yang dialami oleh mereka yang terkena air pancutan itu. Orang ramai lali berketempiaran. Maaf tidak dapat merakam babak tersebut kerana Juru kamera pun tengah nak recover. Saksikan babak seterusnya dalam bahagian 5 of 8.

Kesimpulan: Apa yang saudara/saudari tonton tadi tidak akan berlaku jika pihak polis membenarkan perarakan aman ini menuju ke istana untuk meyampaikan memorandum kepada DYMM Agong, dan keseluruhan acara ini akan berakhir dalam masa1 jam atau 11/2jam, Insyallah.

Untuk terjemahan Inggeris, sila layari blog berikut:-
http://www.beyond51.blogspot.com/






Himpunan Mansuh ISA, Masjid Negara 5 of 8.

Selepas pancut air terdengar tembakan gas pemedih mata di lancarkan ke arah orang ramai yang berlari utk mengelak dari terkena gas dan air.

Kumpulan ini telah berpecah dua. 1/3(depan) telah berlari kearah Jalan Raja Laut, manakala selebihnya berundur ke Jalan Kinabalu menuju ker arah Masjid Negara.



....... Saksikan rakaman seterusnya dalam babak 6 of 8.


Himpunan Mansuh ISA, Masjid Negara 6 of 8.

Bila mereka berkumpul semula di tengah Jalan Kinabalu, sebuah perisai meriam air telah muncul dari arah Masjid Negara. Meraka telah di kepong. Bila trdapat tanda-tanda yang air akan dipancut, orang ramai mula berlari kiri (panjat terbing bukit), kanan (bergolek ke lembah bukit dan berlari menuju ke arah Bank Negara pula.




Himpunan Mansuh ISA, Masjid Negara 7 of 8.

Lagi meriam dan gas. Gas ditembak kearah mereka yang berteduh di tebing bukit, mereka ditahan sebaik saja mereka keluar dari tempat berteduh itu.




Himpunan Mansuh ISA, Masjid Negara 8 of 8.

Berkumpul semula di Masjid Jamek, meriam dan gas lagi.

Nota: Klip video akan di muat-naik. Sila kembali lagi untuk menyaksikan babak ini. Sabar.........ya.

0 comments:

Post a Comment